BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 25, 2010

Jangan Bersedih!!


Seorang hamba sedikit pun tidak akan ditimpa duka cita dan kesedihan seraya membaca doa: Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu, keturunan HambaMu, jalankanlah aku dengan tangnMu, Tetapkanlah hukum yang sesuai bagiku, dan tetaplah keputusanMu yang adil untukku. Aku meminta kepadaMu dengan nama-namaMu yang Engkau namakan diriMu dengannya atau engkau jelaskan dalam kitabMu atau Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau yang Engkau tetapkan dalam ilmu ghaib yang ada di sisiMu, Jadikan al-Quran subur dalam jiwaku dan cahaya bagi hatiku, penghapus kesedihanku, dan penawar dukacitaku.

Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami harus mempelajari doa ini?
Jawab Baginda s.a.w. Sudah pasti, sesiapa yang mendengarnya harus mempelajarinya.
(Musnad Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani)

حدثنا يزيد أنبأنا فضيل بن مرزوق حدثنا أبو سلمة الجهني عن القاسم بن عبد الرحمن عن أبيه عن عبد الله قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما أصاب أحدا قط هم ولا حزن فقال:

اللهم إني عبدك وابن عبدك وابن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب همي إلا أذهب الله همه وحزنه وأبدله مكانه فرجا


قال فقيل يا رسول الله ألا نتعلمها فقال بلى ينبغي لمن سمعها أن يتعلمها


Sebagai seorang manusia, kesedihan, keraguan, keluh kesah sentiasa mengecam kita. Namun begitu, hakikat yang perlu kita ketahui dan pegang sekuat2nya, bahawa kita tidak keseorangan menempuhinya. ALLAH sentiasa bersama kita, menjadi pendamping setia hamba2 kesayanganNya.

Doa yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. ini begitu bermakna buat kita. Dimulakan dengan pengiktirafan kita adalah milikNya, anak kepada hambaNya, dan daripada keturunan hamba2Nya, menjadikan jiwa terikat dengan aturannya. Siapa kita untuk mengatur kehidupan yang dimiliki olehNya?? Bahkan perlu disedari bahawa kita langsung tidak mampu utk mengatur hidup ini tanpaNya walaupun sedetik.

Lalu dilanjutkan dengaan butiran2 doa dengan penuh pengharapan supaya perjalanan hidup ini selari dengan kehendaknya dan selayaknya dengan kemampuan kita sebagai hambaNya. Semoga ALLAH jadikan Quran subur di dalam jiwa ini dan bercahaya menerangi kehidupan melalui suluhannya.

Sedarlah hakikat diri ini!! Kita langsung tidak memiliki, tetapi kita yang dimiliki. Kesedaran inilah akan merubah kesedihan kepada ketenangan dan kegembiraan!!
Teruskanlah berdoa, ALLAH sentiasa dekat dengan hamba2Nya!!waLLahualam..
Read more...

Monday, January 11, 2010

Musibah Berbicara


Antara nikmat agung aLLah kepad hambaNya adalah dikurniakan lisan yang boleh menyusun kata. Namun, peringatan aLLah kepada hamba2Nya supaya memelihara nikmat yg dipinjamkan itu sebaik mungkin agar tidak disia2kan walaupun hanya berkata ”Ooo”. Kecil perkiraan kita, tapi tidak pada aLLah, tiada yang kecil pada pandangan aLLah Azza wa JaLLa, sebesar habuk pasti dipersoalkan di mahkamahNya.

Menelusuri wasiat Baginda s.a.w. terhadap tutur bicara, kita akan mendapati terlalu banyak ancaman yang tajam ditujukan kepada manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap lisannya.

Dari Abu Hurayrah dari RasuluLLah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan sebuah kalimah tanpa memikirkan apa yang terkandung dalamnya, sehingga disebabkan kalimah tersebut ia dicampakkann kedalam api neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Muslim)

Nasihat RasuluLLah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal: ”Tidaklah dilemparkan manusia ke dalam api neraka melainkan kerana apa yang keluar daripada mulutnya” (Riwayat Ahmad, Tirmidhi dll)

Juga dari Abu Hurayrah, RasuluLLah s.a.w. bersabda: ”....cukuplah seseorang dianggap membuat kejahatan dengan menghina saudara sesama muslim, setiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya” (Riwayat Muslim)

Memadailah ancaman2 sebegini sbg ibrah kepada kita.Peringatan untuk sama2 memelihara nikmat ini sebaik yang mungkin, agar selari dengan kehendakNya.

Akhirnya kata Ibn Hibban: ”org yang berakal sihat, lidahnya dibelakang hatinya, apabila ingin berbicara, ia kembalikan kepada hatinya, jika hal itu baik utknya, baru ia berbicara jika tidak, dia tidak akan berbicara..”
Read more...

Monday, January 4, 2010

Manfaatkan Kegelapan Malam

Kata Saidina ’Ali ra:
Sesungguhnya aku telah menyaksikan kesan dari para sahabat rasuluLLah saw, aku tidak pernah melihat seorang pun spt mereka. Demi aLLah, pada waktu pagi rambut mereka kusut, berdebu, dan wajah2 mereka pucat, di antara mata mereka terdapat tanda seperti seorang musafir. Keadaan itu dek kerana mereka berjaga pada waktu malam membaca kitab aLLah, mereka rukuk dan sujud kepada aLLah. Jika nama aLLah disebut, bergetar hati mereka sebagaimana bergetarnya pohon pada hari terjadi angin kencang, lalu mata2 mereka mengalirkan air mata hingga membasahi pakaian2 mereka. (Hilyah al-Awliya’)

Ketika manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi, sang hamba pula sibuk bermunajat dengan Kekasihnya. Beginilah generasi MUTTAQIN. Ketenangan malam tidak dihabiskan hanya utk kerehatan diri, tetapi juga diperuntukkan utk aLLah Azza wa Jalla, khusus untukNya. Kerinduan, pengaduan, rintihan, masalah, segala-galanya dilepaskan sepuasnya dihadapan yang Maha Mendengar penuh pengharapan. Setiap patah yang keleuar dari bibirnta pasti didengari olehNya dan langsung tidak disia-siakan.

Sepotong hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Baginda saw: Tuhan kami yang maha suci lagi Maha Tinggi turun ke langit dunia ketika sepertiga malam, seraya berfirman: ”Siapakah yg berdoa kepadaKu, hingga Aku perkenankan doanya, siapakah yang memohon kepadaKu hingga aku mengabulkan permohonannya, dan siapakah yang memohon keampunan kepadaKu hingga aku mengampuninya.” (Riwayat Bukhari)

Manfaatkan kegelapan malam sebaik mungkin kerana di sana ada kelebihan yang aLLah limpahkan utk hamba2Nya. Generasi sahabat r.a serta salaf al-Soleh silam memenuhi ruang ini secermatnya krn keyakinan mereka yang menebal terhadap janji2 aLLah, natijahnya mereka cukup dikenali di langit dan di bumi krn kemuliaan yg dikecapi. Inilah sepatutnya yang kita lalui, raihlah peluang ini selagi masih diberi peluang bertemu dengannya kerana mungkin esok bukan lagi milik kita.
Read more...