BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

Beruntung orang yang SAKIT



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي


Dari Abu Hurayrah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari qiamat: Wahai Anak Adam, aku sakit namun engkau tidak menjengukKu.

Lalu anak adam berkata: Wahai rabb, bagaimana aku menjengukMu, sedangkan engkau Tuhan Rabb semesta alam.

Allah berkata: Bukankah engkau mengetahui hambaKu si fulan sakit, namun engkau tidak menjenguknya? Tidakkah pula engkau tahu bahawa jika engkau menjenguknya, nescaya engkau mendapatiKu bersamanya??!!

Allah berfirman lagi: Wahai anak adam, Aku telah minta makan namun engkau tidak memberiKu makan.

Anak adam berkata: Ya Rabb, bagaimana aku memberiMu makan sedangkan engkau adalah Rabb semesta alam.

Allah berkata: Bukankah engkau mengetahui bahawa hambaKu si fulan meminta makan daripadamu namun engkau tidak memberinya makan?? Tidakkah pula engkau tahu bahawa jika engkau memberinya makan, nescaya engkau mendapati pahala padaKu??

Allah berfirman lagi: Wahai anak adam, Aku minta minuman darimu namun engkau tidak memberiKu minum.

Jawab Anak adam: Ya Rabb, bagaimana aku memberiMu minum sedangkan engkau adalah Rabb semesta alam??

Allah berkata: Bukankah egkau mengetahui bahawa hambaKu si fulan meminta minum kepadamu namun engkau tidak memberinya minum. Tidakkah pula engkau tahu bahawa jika engkau memberinya minum, nescaya engkau mendapati pahala dariKu.
(Hadith Sahih riwayat Muslim bab Fadl ’Iyadah al-Maridb)



ALLAH maha agung, memiliki segala kesempurnaan, Maha suci ALLAH daripada segala kekurangan, ALLAH yg memberi penyakit dan DIA juga memberi kesembuhan, ALLAH jualah yg memberi kita makan dan minum.

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ dengan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t. menisbahkan diriNYa dengan kesakitan kerana penghargaan serta bukti hampirnya DIA dengan hambaNya yg sakit. Satu penghargaan bagi mereka yang sakit lalu sabar dan redha dgn ALLAH s.w.t. Kalaulah begini buat hambaNya yang sakit, maka tentunya mereka org yang paling beruntung dan berbahagia. Luarannya kelihatan sengsara namun ALLAH begitu menyayangi dan mendekati mereka. Beruntungnya mereka yang redha dengan kesakitan!!

ALLAH turut memberi kemulian dengan ganjaran pahala buat mereka yang peka dengan kesusahan orang lain. Memberi makanan buat yang lapar, dan memberi minuman buat yang kehausan.

Hanya MU’MIN yang merasai TAWARAN HEBAT ini!!moga kita tergolong dikalangannya.

Wallahulam!!
Read more...