Seorang hamba sedikit pun tidak akan ditimpa duka cita dan kesedihan seraya membaca doa: Ya ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu, keturunan HambaMu, jalankanlah aku dengan tangnMu, Tetapkanlah hukum yang sesuai bagiku, dan tetaplah keputusanMu yang adil untukku. Aku meminta kepadaMu dengan nama-namaMu yang Engkau namakan diriMu dengannya atau engkau jelaskan dalam kitabMu atau Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau yang Engkau tetapkan dalam ilmu ghaib yang ada di sisiMu, Jadikan al-Quran subur dalam jiwaku dan cahaya bagi hatiku, penghapus kesedihanku, dan penawar dukacitaku.
Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami harus mempelajari doa ini?
Jawab Baginda s.a.w. Sudah pasti, sesiapa yang mendengarnya harus mempelajarinya.
(Musnad Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani)
اللهم إني عبدك وابن عبدك وابن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب همي إلا أذهب الله همه وحزنه وأبدله مكانه فرجا
قال فقيل يا رسول الله ألا نتعلمها فقال بلى ينبغي لمن سمعها أن يتعلمها
Sebagai seorang manusia, kesedihan, keraguan, keluh kesah sentiasa mengecam kita. Namun begitu, hakikat yang perlu kita ketahui dan pegang sekuat2nya, bahawa kita tidak keseorangan menempuhinya. ALLAH sentiasa bersama kita, menjadi pendamping setia hamba2 kesayanganNya.
Doa yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. ini begitu bermakna buat kita. Dimulakan dengan pengiktirafan kita adalah milikNya, anak kepada hambaNya, dan daripada keturunan hamba2Nya, menjadikan jiwa terikat dengan aturannya. Siapa kita untuk mengatur kehidupan yang dimiliki olehNya?? Bahkan perlu disedari bahawa kita langsung tidak mampu utk mengatur hidup ini tanpaNya walaupun sedetik.
Lalu dilanjutkan dengaan butiran2 doa dengan penuh pengharapan supaya perjalanan hidup ini selari dengan kehendaknya dan selayaknya dengan kemampuan kita sebagai hambaNya. Semoga ALLAH jadikan Quran subur di dalam jiwa ini dan bercahaya menerangi kehidupan melalui suluhannya.
Sedarlah hakikat diri ini!! Kita langsung tidak memiliki, tetapi kita yang dimiliki. Kesedaran inilah akan merubah kesedihan kepada ketenangan dan kegembiraan!!
Teruskanlah berdoa, ALLAH sentiasa dekat dengan hamba2Nya!!waLLahualam..
5 comments:
Assalamualaikum, mane awak dapat doa ni? ape2 pun syabas buat pos mcm nie, pos ni buat saya teringat masa silam saya yg lalu..kini saya dh jumpa jln sebenar alhamdulillah..
salam...kadang2... dlm hidup ini,perlu kpd tangisan,krn tangisan itu membw kpd keinsafan dan teringatnya kita pd yg Maha Pencipta tangisan..dr itu keluar lah air mata yg menangisi segala kesalahan yg dilakukan..namun air mata itu bukan air mata kesedihan..tetapi adalah air mata yg menangis kerana indahnya ciptaan dan ketentuan Allah buat kita...bhw ALLAH shj yg berhak merubah,kita hanya merancang,tetapi..ALLAH jualah yg menentukan segalanya..",
Al-Fatihah untuk blogger HAMIZA.......
manfaat...
Post a Comment